Ulek Mayang: Sarapan minda daripada penulis...

Comments ยท 41 Views

Adakah benar Ulek Mayang boleh membuatkan orang kerasukan atau ianya ada bersangkut paut dengan masalah mental kita? Taksub? Atau perkara lain yang membuatkan sesetengah orang kerasukan?

 
 
Alhamdulillah, setelah selesai misi kami di Kuala Terengganu beberapa bulan lepas, pelbagai input yang menarik telah kami dapat hasil daripada kami menemuramah bersama mereka yang sepatutnya. Saya mendapat penjelasan ringkas daripada wakil Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negeri Terengganu berkaitan sebuah tarian tradisi Ulek Mayang yang sangat terkenal di negeri ini malah di serata Malaysia pun sudah terkenal.
 
Sejak saya kecil lagi saya banyak mendengar kisah-kisah mistik yang berkaitan dengan tarian Ulek Mayang ini terutama sekali kisah penari atau penonton yang dirasuk apa yang disebut sebagai 'semangat Ulek Mayang', 'Puteri Ulek Mayang' dan juga 'Jin Ulek Mayang'. Apabila saya pernah melibatkan diri bersama kumpulan-kumpulan paranormal lain sebelum ini pun, saya melihat ada yang kerasukan apabila lagu Ulek Mayang ini dimainkan melalui telefon pintar atau komputer riba.
 
Ianya menjadi pelik, kenapa mereka ini mudah kerasukan. Adakah ianya benar-benar dirasuk? Ataupun mereka ini ada penyakit ganjil kah sehingga tidak boleh mendengar lagu Ulek Mayang ini? Didalam gambar dibawah saya menunjukkan pada kalian hanya satu rangkap sahaja bait-bait lirik asal lagu ini. Jikalau kalian melihat rangkap ini, sudah pasti ianya jauh beza dengan lirik Ulek Mayang yang kita dengar pada zaman ini.
Jikalau lirik lama, yakni lirik asal Ulek Mayang itu memang saya akui ianya ada unsur-unsur mentera yang menyeru benda yang lebih dikatakan sebagai semangat atau jin, bagaimana pula dengan lirik pada zaman ini yang sememangnya telah diubah sepenuhnya dan tiada unsur-unsur pemujaan atau seruan pun boleh ada yang kerasukan?
 
Jadi setelah mendapat penjelasan daripada pihak yang berkenaan seperti bekas penari lama Ulek Mayang, penyanyi lama Ulek Mayang, pengkaji sejarah Terengganu dan juga wakil daripada Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negeri Terengganu, maka apa yang boleh saya katakan ialah kerana taksub yang melampau.
 
Jika nak sebut berkaitan taksub, saya pernah melihat beberapa kes orang yang begitu taksub pada perkara lain seperti bunyi lagu silat, tiupan nafiri atau serunai, gamelan, gendang silat, bahkan ada juga yang taksub pada lagu-lagu moden seperti lagu Lingsir Wengi yang dimodenkan dalam lirik dan alunan iramanya, lagu Cindai nyanyian Dato Siti Nurhaliza dan juga lagu Menanti Kekasih nyanyian Alda Risma.
 
Mereka ada yang 'naik syeikh' dan ada juga yang hilang kewarasan dengan meraung menjerit tiba-tiba, malah ada yang buka bunga silat serta bunga tari. Apa yang saya boleh kaitkan disini ialah ketaksuban melampau telah memprogramkan otak bahawa apabila mendengar lagu-lagu ini, secara automatik, badan akan digerakkan mengikut apa yang telah diajar atau diamalkan sebelum ini.
 
Jadi, apakah Ulek Mayang yang kini ialah sebuah tarian dan lagu yang mistik serta 'berhantu'? Saya kata TIDAK!!! Itu semua mengarut. Hanya mereka yang taksub sahaja akan hilang kewarasan dan melakukan perkara-perkara seperti yang saya katakan diatas. Maka jelaslah ianya ialah MISTAKE yang telah lama orang kita mengamalkan serta mempercayainya.
Comments
Iskandar Mohamad Ali 5 week

Test lagi